Friday 5 August 2011

Peace Lilly dan Golden Pothos

     Apakah caranya untuk menghias serta mencantikkan kediaman anda dan pada masa yang sama dapat membantu mewujudkan persekitaran yang sihat untuk seisi keluarga.Tanaman indoor adalah jawapanya.
      Terdapat kajian yang menunjukan bahawa tanaman2 tertentu mampu mewujudkan persekitaran yang sihat demgan keupayaan tanaman tersebut menapis udara di dalam rumah. Melihat dan menikmati kehijauan dan keindahan tanaman di dalam rumah juga dikatakan mampu membuatkan anda merasa cergas dan bertenaga.
peace lilly
     Menutut kajian NASA dan ACLA, pencemaran udara di dalam adalah antara punca berlakunya risiko kesihatan. Unsur2 seperti benzena, formaldehid dan trikkoretlin adalah merupakan antara unsur kimia berbahaya yang mudah wujud di dalam persekitaran rumah hasil dari tindakbalas aktiviti seharian seperti penggunan bahan pencuci seperti sabun.Di samping itu, persekitaran udara di dalam rumah juga boleh dipenuhi oleh toksin daripada cat,plastik, make up, bekas spray dan banyak lagi. Menurut kajian tersebut, sesetengah tanaman mampu menghapuskan elemen bertoksin sebagaimana yang disebut di atas melalui proses fotosentisis. Sewaktu proses tersebut, daun

golden pothos
tanaman seperti daun tanaman golden pothos akan meyerap karbon dioksida termasuk toksin kedalam sistem yang kemudianya akan diserap kebahagian akar. Sistem akar akan bertindak menukar bahan toksin kepada nutrien yang boleh digunakanya. Hasil daripada proses tersebut, tumbuhan melepas oksigen yang bersih dan segar.

No comments:

Post a Comment