Friday 12 August 2011

Indoor Plants - kebaikan disebalik kecantikan

     Indoor plants semakin menarik minat ramai penghobi tanaman hiasan. Masalah kekangan ruang untuk bercucuk tanam menjadikan indoor plants satu pilihan yang ideal kerana ianya tidak memerlukan ruang yang besar bagi seseorang penghobi untuk bertanam. Disebalik elemen keindahan dan kecantikan yang mampu diberikan oleh tanaman ini, sebenarnya ia juga mempunyai banyak kelebihan dan manfaat menanam indoor plants yang mungkin tidak ramai yang menyadarinya.

                                              MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA
          Sesuatu yang mungkin tidak kita ketahui selama ini. Kehadiran tanaman di persekitaran kerja mampu meningkatkan produktiviti seseorang. Hal ini dikaitkan dengan kemampuan tumbuhan hijau mengurangkan stress serta sekaligus berfungsi sebagai terapi minda . Berdasrakan kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Virgina I. Lohr dari State Universiti, Produktiviti pekerja sesebuah syarikat mampu meningkat sebanyak 12% sekiranya persekitaran kerja mereka mempunyai indoor plants.

  MEMBERIKAN KETENANGAN

  Indoor plants juga dikatakan mampu meberikan ketenangan jiwa kepada seseorang. Keindahan, kecantikan serta keindahan yang ada pada tumbuhan akan mencetuskan ketenangan kepada kita. Bahkan salah satu terapi minda yang selalu dicadangkan ialah terapi horikultur iaitu terapi yang menggunakan tumbuhan hijau sebagai medium untuk memberikan ketenangan




                       MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN
 Mungkin ianya kedengaran pelik bagi kita, namun begitu telah terdapat kajian yang dijalankan menunjukan kehadiran tumbuhan sememangnya memberikan impak yang positif didalam kadar penyembuhan seseorang pesakit. Menurut Bruno Cortis MD, seorang doktor di US, pesakit yang mendiami bilik mengadap tingkap yang berlatarbelakangkan pemandangan taman pulih lebih cepat berbanding pesakit yang mendiami bilik yang tiada pemandangan hijau. Beliau menjelaskan keadaan ini dengan kemampuan tumbuhan hijau memberikan keyakinan dan ketenangan kepada manusia.

MENYEJUKAN SUASANA
Kita sedia maklum bahawa tanaman melakukan proses fotosentisis untuk pembesaran. Apa yang kita belum ketahui ialah didalam proses tersebut, titisan kecil air dilepaskan bersama oksigen yang seterusnya membentuk microclimate yang menjadikan persekitaran lebih segar, nyaman dan sejuk.


No comments:

Post a Comment