Friday 5 August 2011

The great outcomes of gardening

         Mungkin ramai dikalangan berpendapat bahawa aktiviti berkebun dan menanam bunga hanyalah sekadar hobi bagi mengisi masa lapang masing2 di samping dapat menikmati keindahan tanaman. Mungkin jarang yang menyedari bahawa aktiviti ini sebenarnya dapat memberikan lebih banyak faedah dari sekadar mengisi masa yang terluang termasuklah dari aspek kesihatan, kepuasan diri dan juga menyumbang kepada kehidupan yang  lebih bermakna.




         Bagi penghobi yang gemar menanam bunga dan berkebun, mereka sebenarnya menikmati kehidupan yang lebih berharga kerana mereka mencapai kepuasan hidup yang sangat bermakna. Sudah pasti kehidupan yang dikelilingi oleh kehijauan tanaman dan keindahan bungaan mampu memberikan keseronokan dan kepuasan diri kepada penanamnya. Ini terbukti berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika yang menunjukan tahap kepuasan diri yang tinggi dikalangan penggemar hobi ini. Di percayai jug, hobi menanam bunga dan berkebun adalah merupakan cara terbaik bagi mengatasi stress secara semulajadi.


      Di samping itu, berkebun juga mampu menjadi penghalang penyakit osteoperasis terutama dikalangan wanita yang berumur. Berkebun menggunakan banyak aktiviti fizikal bukan saja mampu mengurangkan berat badan serta risiko kesihatan lain yang berkaitan denganya, bahkan menurut kajian yang dijalankan, aktiviti ini juga mampu menyumbang pembinaan tulang yang lebih kuat yang menjadi penghalang kepda penyakit osteoporasis. Satu kajian yang telah dijalankan menunjukan bahawa, mereka yang seringkali berkebun mempunyai risiko mengidap osteoporasis yang lebih rendah berbanding mereka yang mengamalkan aktiviti renang, aerobik dan berjoging. Penghobi menanam bunga dan berkebun juga mampu mengurangkan risiko kencing manis. Aktiviti berkebun sebagaimana yang diketahui memerlukan pergerakan fizikal yang menyeluruh dan konsisten, sekaligus menjadi satu senaman yang berterusan


                Berkebun juga tanpa disedari memberi kelebihan dari segi kesihatan mental kepada penghobinya. Kajian keatas mereka yang mengidap penyakit resah dan susah untuk tidur mendapati bahawa berkebun telah dapat membantu mereka mengurangkan tahap keresahan serta memberikan tidur yang lebih teratur. Kepentingan aktiviti berkebun dan juga tanaman hijau terhadap kesihatan mental seseorang terbukti apabila satu teknik yang dipanggil terapi horikultur telah menjadi salah satu teknik bagi mengubati merka dikalangan pesakit yang mengalami menta disorde.







       

No comments:

Post a Comment