Tuesday 2 August 2011

Calathea Plant - Pokok hiasan berdaun yang menarik.

     Pokok Calthea ialah merupakan pokok tropikal yang lebih dikenali dengan nama pokok "Zebra" kerana ciri utama pokok ini ialah daunya yang berbelang. Tanaman ini amat digemari kerana daunya lebah serta berbelang dan di dalam pelbagai warna termasuklah kuning, hijau dan merah bergantung kepada spesis calathe. Tanaman calathe mampu mebesar sehingga 55 inci tinggi bergantung kepada kadar pembesaran serta jagaan yang diterima.





Tips Penjagaan tanaman Calathea
-Perkara terpenting yang perlu di ambil perhatian ialah kadar pendedahan cahaya matahari. Tanaman ini memerlukan cahaya yang banyak untuk pembesaran tetepi perlu dielakkan "direct sunlight" kerana cahaya matahari yang terus akan menyebabkan daun terbakar, memudarkan cahaya daun serta mebantutkan pembesaran. Oleh kerana itu, tanaman ini amat sesuai sebagai tanaman indoor yang diletakkan berdekatan dengan sumber cahaya luar seperti berdekatan tingkap.
- Tanaman ini memerlukan kadar kelembapan yang tinggi. Kadar penyiraman yang kerap amat digalakkan.
- Bagi mencapai kadar pembesaran yang maksimum, tanaman ini memerlukan ruang yang mencukupi untuk akarnya. Oleh itu, penghobia adalah digalakkan memeriksa keadaan akar sekali setahun.


No comments:

Post a Comment