Wednesday 3 August 2011

Aglaonema - Tumbuhan berdaun yang menarik

     Tumbuhan ini tersohor dengan panggilan "chinese evergreen". Ianya sudah lama menjadi pilihan peminat tanaman hiasan untuk menghiasi rumah dan pejabat mereka. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna bergantung kepada spesis, terdapat juga spesis hybrid hasil dari kajian makmal dengan yang amat terang dan menarik






    Aglaonema atau lebih dikenali sebagai keladi di kalangan masyarakat telah menjadi pilihan utama peminat tumbuhan hiasan kerana ianya tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya boleh hidup subur walau dengan kadar pencahayaan yang terhad.
   Di samping itu, tanaman ini memerlukan air yang mencukupi. Pastikan anda menyiram tanaman ini sebanyak 2 kali sehari dan anda pasti akan terpesona dengan kecantikanya.



No comments:

Post a Comment