Di samping itu, berkebun juga mampu menjadi penghalang penyakit osteoperasis terutama dikalangan wanita yang berumur. Berkebun menggunakan banyak aktiviti fizikal bukan saja mampu mengurangkan berat badan serta risiko kesihatan lain yang berkaitan denganya, bahkan menurut kajian yang dijalankan, aktiviti ini juga mampu menyumbang pembinaan tulang yang lebih kuat yang menjadi penghalang kepda penyakit osteoporasis. Satu kajian yang telah dijalankan menunjukan bahawa, mereka yang seringkali berkebun mempunyai risiko mengidap osteoporasis yang lebih rendah berbanding mereka yang mengamalkan aktiviti renang, aerobik dan berjoging. Penghobi menanam bunga dan berkebun juga mampu mengurangkan risiko kencing manis. Aktiviti berkebun sebagaimana yang diketahui memerlukan pergerakan fizikal yang menyeluruh dan konsisten, sekaligus menjadi satu senaman yang berterusan
Berkebun juga tanpa disedari memberi kelebihan dari segi kesihatan mental kepada penghobinya. Kajian keatas mereka yang mengidap penyakit resah dan susah untuk tidur mendapati bahawa berkebun telah dapat membantu mereka mengurangkan tahap keresahan serta memberikan tidur yang lebih teratur. Kepentingan aktiviti berkebun dan juga tanaman hijau terhadap kesihatan mental seseorang terbukti apabila satu teknik yang dipanggil terapi horikultur telah menjadi salah satu teknik bagi mengubati merka dikalangan pesakit yang mengalami menta disorde.
No comments:
Post a Comment