Monday, 3 October 2011

Tanah sesuai tapak rumah di kaw. binjai

gambar hiasan
              Tanah ini asalnya tanah padi selaus 295 depa memanjang. Untuk menjimatkan kos saya telah menggali sebuah kolam di sebahagian tanah tersebut. Sewaktu kerja mengukur tanah, saya telah minta jurukur supaya menanda sebahagian dari tapak tersebut untuk di gali kolam. Oleh itu, luas kolam tersebut ialah seluas 90 depa dan tapak yang di tambun ialah seluas 205 depa yang bekelebaran seluas 50 kaki. Ukuran sebenar tapak ialah 170kaki x 50 kaki atau seluas 8500kaki persegi/205 depa.
gambar hiasan
             Keadaan tanah(205d) sekarang telah ditambun setinggi lbh kurang 2 kaki dan perlu di tambun lagi setinggi 1.5 kaki untuk sama tinggi dengan jalan tar. Anggaran kos tambun ialah sebanyak RM 10k. Ini bermaksud harga tanah ini ialah RM 10k + RM 49k = RM 59k untuk satu lot tanah berkeluasan 8500kp yang siap di tambun. Harga ini jauh lbh murah jika di bandingkan dengan harga pasaran tanah di kawasan tersebut. Sekiranya anda pantau tanah-tanah untuk dijual yang didiklankan di Mudah.com, harga bagi tanah 5500kp ialah sekitar RM 65k. Buatlah perbandingan anda sendiri.

                                                                    LOKASI TANAH
gambar hiasan

gambar hiasan
          Tanah ini terletak di Kg. jejabi, mukim banggu dkt binjai daerah kota bharu. Kedudukan tapak ialah lebih kurang 3.5km dari cbg. binjai, 8.5km dari cbg.4 k. krian. Terletak di kawasan perkampungan melayu dan tapak dikelilingi oleh rumah penduduk kampung. Terletak 1.2km dari jln utama K.Krian-Bachok dihubungi oleh jalan tar anak. Tanah terletak di tepi jln tar tersebut.

HADIAH ISTIMEWA.

          Pembeli tanah ini akaN mendapat baucer RM 700.00 bagi pembelian pokok bunga dan pasu di Sri Panchor Garden. Baucer ini adalah sebagai tanda penghargaan kami disamping memperkenalkan Sri Panchor Garden



GAMBAR SEBENAR TAPAK











  

Friday, 12 August 2011

TANAMAN PILIHAN SEBAGAI INDOOR PLANTS

Terdapat beberapa jenis tanaman yang sesuai sebagai indoor plants, antaranya ialah
            
            Aglaonema



                Tanaman aglaonema mempunyai banyak spesis, namun begitu, boleh dikatakan semua spesis amat sesuai sebagai indoor plants kerana daunya yang cantik serta kebolehanya bertoleransi dengan cahaya yang terhad.





                                             


DIEFFENBACHIA
Mungkin lebih dikenali oleh masyarakat kita sebagai keladi yang juga mempunyai banyak spesis. Ramai yang mungkian mengenali keladi pisang, keladi jalur dan mengkin juga keladi kuning. Tanama ini tidak memrlukan penjagaan yang rapi untuk tumbuh subur dan mempunyai daun yang cantik dan menarik.

           ASPARAGUS

                                       CLOROPYTHUM


        







SANSEVIERIA TRIFASCATA
  

Di samping itu, beberapa jenis palma juga sesuai dijadikan tanaman indoor sepeti pinang kuning dan merah.

Indoor Plants - kebaikan disebalik kecantikan

     Indoor plants semakin menarik minat ramai penghobi tanaman hiasan. Masalah kekangan ruang untuk bercucuk tanam menjadikan indoor plants satu pilihan yang ideal kerana ianya tidak memerlukan ruang yang besar bagi seseorang penghobi untuk bertanam. Disebalik elemen keindahan dan kecantikan yang mampu diberikan oleh tanaman ini, sebenarnya ia juga mempunyai banyak kelebihan dan manfaat menanam indoor plants yang mungkin tidak ramai yang menyadarinya.

                                              MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA
          Sesuatu yang mungkin tidak kita ketahui selama ini. Kehadiran tanaman di persekitaran kerja mampu meningkatkan produktiviti seseorang. Hal ini dikaitkan dengan kemampuan tumbuhan hijau mengurangkan stress serta sekaligus berfungsi sebagai terapi minda . Berdasrakan kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Virgina I. Lohr dari State Universiti, Produktiviti pekerja sesebuah syarikat mampu meningkat sebanyak 12% sekiranya persekitaran kerja mereka mempunyai indoor plants.

  MEMBERIKAN KETENANGAN

  Indoor plants juga dikatakan mampu meberikan ketenangan jiwa kepada seseorang. Keindahan, kecantikan serta keindahan yang ada pada tumbuhan akan mencetuskan ketenangan kepada kita. Bahkan salah satu terapi minda yang selalu dicadangkan ialah terapi horikultur iaitu terapi yang menggunakan tumbuhan hijau sebagai medium untuk memberikan ketenangan




                       MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN
 Mungkin ianya kedengaran pelik bagi kita, namun begitu telah terdapat kajian yang dijalankan menunjukan kehadiran tumbuhan sememangnya memberikan impak yang positif didalam kadar penyembuhan seseorang pesakit. Menurut Bruno Cortis MD, seorang doktor di US, pesakit yang mendiami bilik mengadap tingkap yang berlatarbelakangkan pemandangan taman pulih lebih cepat berbanding pesakit yang mendiami bilik yang tiada pemandangan hijau. Beliau menjelaskan keadaan ini dengan kemampuan tumbuhan hijau memberikan keyakinan dan ketenangan kepada manusia.

MENYEJUKAN SUASANA
Kita sedia maklum bahawa tanaman melakukan proses fotosentisis untuk pembesaran. Apa yang kita belum ketahui ialah didalam proses tersebut, titisan kecil air dilepaskan bersama oksigen yang seterusnya membentuk microclimate yang menjadikan persekitaran lebih segar, nyaman dan sejuk.


Monday, 8 August 2011

Perosak tanaman -siri 1

Kumbang Pemakan daun.

        Kumbang pemakan daun ialah merupakan salah satu punca utama yang merosakan tanaman. Serangan kumbang tersebut menyebabkan daun tumbuhan rosak dan berlubang digigit. Hal ini menyebabkan tanaman terbantut pembesaranya bahkan mampu menyebabkan ianya mati. Terdapat banyak jenis kumbang perosak yang memakan daun





        Bagi mengatasi masalah ini, kaedah penyelesaian yang sangat efektif ialah menggunakan perangkap  hormon. Kumbang2 yang merosakan tanaman akan tertarik dengan hormon menyebabkan mereka terperangkap.

Friday, 5 August 2011

The great outcomes of gardening

         Mungkin ramai dikalangan berpendapat bahawa aktiviti berkebun dan menanam bunga hanyalah sekadar hobi bagi mengisi masa lapang masing2 di samping dapat menikmati keindahan tanaman. Mungkin jarang yang menyedari bahawa aktiviti ini sebenarnya dapat memberikan lebih banyak faedah dari sekadar mengisi masa yang terluang termasuklah dari aspek kesihatan, kepuasan diri dan juga menyumbang kepada kehidupan yang  lebih bermakna.




         Bagi penghobi yang gemar menanam bunga dan berkebun, mereka sebenarnya menikmati kehidupan yang lebih berharga kerana mereka mencapai kepuasan hidup yang sangat bermakna. Sudah pasti kehidupan yang dikelilingi oleh kehijauan tanaman dan keindahan bungaan mampu memberikan keseronokan dan kepuasan diri kepada penanamnya. Ini terbukti berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika yang menunjukan tahap kepuasan diri yang tinggi dikalangan penggemar hobi ini. Di percayai jug, hobi menanam bunga dan berkebun adalah merupakan cara terbaik bagi mengatasi stress secara semulajadi.


      Di samping itu, berkebun juga mampu menjadi penghalang penyakit osteoperasis terutama dikalangan wanita yang berumur. Berkebun menggunakan banyak aktiviti fizikal bukan saja mampu mengurangkan berat badan serta risiko kesihatan lain yang berkaitan denganya, bahkan menurut kajian yang dijalankan, aktiviti ini juga mampu menyumbang pembinaan tulang yang lebih kuat yang menjadi penghalang kepda penyakit osteoporasis. Satu kajian yang telah dijalankan menunjukan bahawa, mereka yang seringkali berkebun mempunyai risiko mengidap osteoporasis yang lebih rendah berbanding mereka yang mengamalkan aktiviti renang, aerobik dan berjoging. Penghobi menanam bunga dan berkebun juga mampu mengurangkan risiko kencing manis. Aktiviti berkebun sebagaimana yang diketahui memerlukan pergerakan fizikal yang menyeluruh dan konsisten, sekaligus menjadi satu senaman yang berterusan


                Berkebun juga tanpa disedari memberi kelebihan dari segi kesihatan mental kepada penghobinya. Kajian keatas mereka yang mengidap penyakit resah dan susah untuk tidur mendapati bahawa berkebun telah dapat membantu mereka mengurangkan tahap keresahan serta memberikan tidur yang lebih teratur. Kepentingan aktiviti berkebun dan juga tanaman hijau terhadap kesihatan mental seseorang terbukti apabila satu teknik yang dipanggil terapi horikultur telah menjadi salah satu teknik bagi mengubati merka dikalangan pesakit yang mengalami menta disorde.







       

Peace Lilly dan Golden Pothos

     Apakah caranya untuk menghias serta mencantikkan kediaman anda dan pada masa yang sama dapat membantu mewujudkan persekitaran yang sihat untuk seisi keluarga.Tanaman indoor adalah jawapanya.
      Terdapat kajian yang menunjukan bahawa tanaman2 tertentu mampu mewujudkan persekitaran yang sihat demgan keupayaan tanaman tersebut menapis udara di dalam rumah. Melihat dan menikmati kehijauan dan keindahan tanaman di dalam rumah juga dikatakan mampu membuatkan anda merasa cergas dan bertenaga.
peace lilly
     Menutut kajian NASA dan ACLA, pencemaran udara di dalam adalah antara punca berlakunya risiko kesihatan. Unsur2 seperti benzena, formaldehid dan trikkoretlin adalah merupakan antara unsur kimia berbahaya yang mudah wujud di dalam persekitaran rumah hasil dari tindakbalas aktiviti seharian seperti penggunan bahan pencuci seperti sabun.Di samping itu, persekitaran udara di dalam rumah juga boleh dipenuhi oleh toksin daripada cat,plastik, make up, bekas spray dan banyak lagi. Menurut kajian tersebut, sesetengah tanaman mampu menghapuskan elemen bertoksin sebagaimana yang disebut di atas melalui proses fotosentisis. Sewaktu proses tersebut, daun

golden pothos
tanaman seperti daun tanaman golden pothos akan meyerap karbon dioksida termasuk toksin kedalam sistem yang kemudianya akan diserap kebahagian akar. Sistem akar akan bertindak menukar bahan toksin kepada nutrien yang boleh digunakanya. Hasil daripada proses tersebut, tumbuhan melepas oksigen yang bersih dan segar.

Thursday, 4 August 2011

Tanaman yang membersihkan udara

        Hasil dari kajian oleh badan2 tertentu di Amerika seperti NASA, didapati bahawa terdapat beberapa jenis tumbuhan yang boleh menjadi agen pembersih dan penuetralan udara di dalam sekiranya ditanaman.
 Tanaman2 tersebut ialah

1. Aloevera
Tanaman ini terbukti secara klinikal dapat membersihkan unsur benzena dan formaldehid, 2 unsur kimia yang berbahaya yang terhasil daripada penggunaan bahan pencucui kimia dan juga bahan sampingan cat.
aloevera














           2. Spider plant.
Tumbuhan hijau yang seakan rumput ini menurut dapat membersihkan unsur benzena, formaldehid dan juga karbon monoksida daripada persekitaran udara rumah anda

Spider plant       

















3. Pokok bunga Gerber Daisy

Pokok yang menghasilkan bunga yang berwarna terang ini mampu menapis keluar bahan triklorotlin iaitu bahan yang terhasil dari proses dry cleaning. Ia juga mampu membersihkan unsur benzena.





                        4. Dracaena Marginata
                                                          
Satu lagi tanaman indoor yang mampu mebersihkan udara di dalam rumah anda ialah dracaena marginata. Tanaman berdaun terang hijau merah ini ialah sejenis tanaman memanjang yang ideal sebagai pelengkap hiasan dalam anda selain berfungsi sebagai purifier udara rumah anda. Ianya mampu menghilangkan unsur2 kimia seperti xylene, trailoktrotlin dan formaldehid.




     5. Chinese evrgreen atau tanaman aglaonema.
                                    Spesis aglaonema telah menjadi pilihan peminat tanaman hiasan sebagai pilihan utama tanaman mereke. Ini kerana tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi disamping mempunyai daun yang menarik dan terdapat di dalam pelbagai warna. Ditambah lagi dengan fungsi biologinya yang mampu membersihkan pelbagai bahan tercemar di dalam udara serta mampu membuang toksik di dalam persekitaran rumah anda.                                                           
                                                                                                                

Wednesday, 3 August 2011

Aglaonema - Tumbuhan berdaun yang menarik

     Tumbuhan ini tersohor dengan panggilan "chinese evergreen". Ianya sudah lama menjadi pilihan peminat tanaman hiasan untuk menghiasi rumah dan pejabat mereka. Terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna bergantung kepada spesis, terdapat juga spesis hybrid hasil dari kajian makmal dengan yang amat terang dan menarik






    Aglaonema atau lebih dikenali sebagai keladi di kalangan masyarakat telah menjadi pilihan utama peminat tumbuhan hiasan kerana ianya tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya boleh hidup subur walau dengan kadar pencahayaan yang terhad.
   Di samping itu, tanaman ini memerlukan air yang mencukupi. Pastikan anda menyiram tanaman ini sebanyak 2 kali sehari dan anda pasti akan terpesona dengan kecantikanya.