Monday 3 October 2011

Tanah sesuai tapak rumah di kaw. binjai

gambar hiasan
              Tanah ini asalnya tanah padi selaus 295 depa memanjang. Untuk menjimatkan kos saya telah menggali sebuah kolam di sebahagian tanah tersebut. Sewaktu kerja mengukur tanah, saya telah minta jurukur supaya menanda sebahagian dari tapak tersebut untuk di gali kolam. Oleh itu, luas kolam tersebut ialah seluas 90 depa dan tapak yang di tambun ialah seluas 205 depa yang bekelebaran seluas 50 kaki. Ukuran sebenar tapak ialah 170kaki x 50 kaki atau seluas 8500kaki persegi/205 depa.
gambar hiasan
             Keadaan tanah(205d) sekarang telah ditambun setinggi lbh kurang 2 kaki dan perlu di tambun lagi setinggi 1.5 kaki untuk sama tinggi dengan jalan tar. Anggaran kos tambun ialah sebanyak RM 10k. Ini bermaksud harga tanah ini ialah RM 10k + RM 49k = RM 59k untuk satu lot tanah berkeluasan 8500kp yang siap di tambun. Harga ini jauh lbh murah jika di bandingkan dengan harga pasaran tanah di kawasan tersebut. Sekiranya anda pantau tanah-tanah untuk dijual yang didiklankan di Mudah.com, harga bagi tanah 5500kp ialah sekitar RM 65k. Buatlah perbandingan anda sendiri.

                                                                    LOKASI TANAH
gambar hiasan

gambar hiasan
          Tanah ini terletak di Kg. jejabi, mukim banggu dkt binjai daerah kota bharu. Kedudukan tapak ialah lebih kurang 3.5km dari cbg. binjai, 8.5km dari cbg.4 k. krian. Terletak di kawasan perkampungan melayu dan tapak dikelilingi oleh rumah penduduk kampung. Terletak 1.2km dari jln utama K.Krian-Bachok dihubungi oleh jalan tar anak. Tanah terletak di tepi jln tar tersebut.

HADIAH ISTIMEWA.

          Pembeli tanah ini akaN mendapat baucer RM 700.00 bagi pembelian pokok bunga dan pasu di Sri Panchor Garden. Baucer ini adalah sebagai tanda penghargaan kami disamping memperkenalkan Sri Panchor Garden



GAMBAR SEBENAR TAPAK